Saturday, 28 July 2012
SABAR & UJIAN
Memgisi ruang kali aku nk berkongsi tentang satu sifat yang mulia (tapi sudah nak buat woo..) iaitu SABAR..
Hadis Nabi SAW berbunyi (mafhum):
"Kekuatan seseorang itu bukanlah terletak pada hebat-nya dia berlawan...tetap kekuatan-nya yang SEBENAR ialah apabila ia mampu menahan SABAR"
Seringkali kita diuji Allah SWT dengan pelbagai ujian untuk meguji sejauh mana ketabahan kita sebgai hambanya...well..ada setengah orang bila ditimpa masalah..terus "melatah"..menyalahkan keadaan dan orang disekeliling..dan ada setengah orang yg lain pulak..apabila ditimpa masalah...dia hadapinya dengan tabah..kerana .
SOALAN: Apa hakikat sebenarnya UJIAN yang Allah SWT kasi nie...??
JAWAPAN:
Saya terus terang kata saya tak reti nk jawab soalan-soalan camnie...tapi bila orang bertanya tidak salah untuk kita memberikan jawapan berdasarkan ilmu dan kepakaran yang ada pada kita..
Jadi pembaca yang mulia ujian Allah SWT turunkan kat kita bukanlah-lah untuk menyusahkan kita..dalam firman Allah SWT (Surah Al-Baqarah ayat : "Tidaklah Kami menurunkan ujian bersesuaian dengan kemampuan-nya...(mafhum)"..berdasarkan ayat nie jelas-lah nk kasi tau yang camner ujian sekalipun yang kita hadapi..YAKIN-lah bahwa Allah tahu kita mampu hadapi..
Di samping itu,ujian yang Allah turunkan adakalanya untuk mengajar kita untuk hadapi sesuatu keadaan..okayy2..let say kita naik basikal nie..tengah2 bawak tiba-tiba rantai basikal jatuh..ahaa.setengah orang akan merungut macam-macam sambil tuntun basikal tu balik...tapi ada setengah orang pulak yang terus berusaha untuk repair basikal tu walaupun pada hakikatnya dia x tau ape2 pun pasal basikal tu..dalam pada masa nie tanpa sedar Allah "ajar" dia macam mana untuk baiki basikal tu.dan dengan sabar juga Allah akan naikkan darjat hambanya..macam mana dengan orang yg merungut dan terus tuntun basikal tu..?? haishh..part nie yg susah nk jawab..kena tanya ustaz dulu..hehe..
Kesimpulannya UJIAN itu datang dalam dua bentuk...YG Pertama..ujian itu datang sebgaia KAFARAH kepada dosa-dosa yg kita lakukan...contoh cam demam ke..selesema ke..selagi mana kita sabar dan ikhtiar..Allah akan ampunkan dosa kita..YG Kedua...ujian itu datang untuk menguji ketabahan iman keyakinan kita pada Allah SWT..contoh macam kematian seseorang yg kita cintai dan sebagainya..
Harap dengan perkongsian yg serba-serbi ini dapat dimanfaatkan dan disebarkan..InsyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment