Sunday 29 May 2011

Tahanan di sekolah waktu cuti..uhuu..

Ermm..bercakap pasal benda nie ada orang cakap kena tahan kat sekolah sebab tak habis muqarar tak best,teruk..yerlah dah kena stay kat sekolah sampai 4 hari lebih..sape nk stay kat sekolah time cuti2 camni??
Tak gitu??
Tapi pendapat aku mengatakan bahwa takder laa teruk sangat..huhuhu..Baru sehari kat sini rasa ok jer..
Ehh..aku kat sini bukan sebab tak habis muqarar laa..saje je stay nak lepak ngan kawan2 disamping dapat tasmi' hafalan baru..he3..
Kadang2 bila aku renungkan balik sesetengah perkara..aku perasan dalam hidup nie kadang2 kita tak boleh tunggu peluang untuk datang kat kita..tapi sebaliknya kita sendiri yang kena kejar peluang tu..tak kisah laa dalam perkara apa sekalipun..belajar ke,ngaji ke..bila kita nak dapat sesuatu benda tu..kita sendiri yg kena bertindak dulu..
P/s:Rebut peluang yg ada & CARI serta KEJAR peluang yg mendatang..yezza..

Saturday 28 May 2011

Akhirnya..pheww..

Alhamdulillah..dengan berdetiknya jam pada pukul 1.30 petang tadi..maka berakhirlah Majlis Kecemerlengan Pelajar yang penuh syahdu..uhuhu..
Ermm..agak penat tapi still the best..ramai gak orang yan hadir memenuhkan kerusi kat dewan auditorium UIA nie..
Walaupun mulanya ada sket masalah teknikal..tapi still boleh "cover" balik..
Majlis mula dengan majlis khatam al-quran..ada laa dlm 9 orang banat & sorang banin..habis jer tu..ada lak bacaan doa oleh Sheikh Said yang agak "touching" (lama gak woo..),pastu disambung lak dengan bacaan quran oleh Sheikh Aiman(nie budak tgktn 1 laa..) yg mendayu-dayu(terlelap jugak laa sekejap..),pastu ucapan oleh..err..time nie aku lari dulu..he3..tapi yg sure ada laa 3 org kasi ucapan..
Then,ada lak penyampaian hadiah,pastu "choral speakin" oleh pelajar banat yg penuh semangat dan waja..(punya laa kuat jerit.. Tak payah pakai mic pun takpe..),pastu ada penyampaian hadiah utk pelajar khatam quran,kendian ada laa drama yg bertajuk "Nyawa di Hujung Pedang"..yg serius sebenarnya..tapi penonton gelak2..nk buat camner..
Habis semua tu ada nasyid oleh bdk2 nasyid skolah..yg sedap secara jujurnya..huhu..last skali ada "Ibtihal" dan penyampaian hadiah hari sukan..
Well..daripada hari nie..byk gak perkara aku dpt kutip..tgk jer budak2 khatam atas pentas ngan mak bapak diorang membuatkan aku berkobar-kobar nak menghabiskan al-quran..InsyaAllah kalo diizinkan Allah..awal tahun depan aku nak khatam..Aminn..
P/s:harap2 ihtifal tahun depan jadi lebih best dan syiokk..he3..dan dapat naik pentas dengan kawan2 aku ambik hadiah khatam tahun depan..Aminn..

Thursday 26 May 2011

Lakonan untuk DraMa sekoLah

Lakonan??Bunyi cam susah..
Tapi yg nk buat nya lagi laa susah..
Memegang watak sebagai orang kampung..takder laa susah sangat..belum tengok watak utama lagi..menangis-nangis kena "seksa" ngan cikgu..ha3..
Ohh lupa lak nk cerita pasal drama nie..drama sekolah tahun nie lebih kepada pasal sejarah..drama nie nk tunjuk camner keadaan masa pendudukan Jepun dulu..bunyi cam boring..tp bagi aku agak menarik juga cerita yg nk disampaikan..huhu..semua watak dari orang Melayu,Cina,India,Jepun pun ada gak..yang paling payah sekali time nak cari watak org Jepun..merantau satu sekolah nak cari orang..isk2..nasib baik laa ada..drama nie masih dlm pembikinan utk nk tayang secara "live" depan mak bapak masa Hari Kecermelangan Pelajar nanti..
Harap2 drama kali nie berjalan dengan lancar..InsyaAllah..
P/s:teringin lak nak letak gambar drama nanti..InsyaAllah..

Wednesday 25 May 2011

Pheww..

uhh..hari nie..tgh nk buka blog nie..tiba2 jer "google" cakap akaun dah tak aktif..tak boleh nak buka blog nie..tapi setelah berusaha dengan penuh daya dan usaha..alhamdulillah berjaya gak aktifkan balik..kalo tak habislaa blog nie..uhuhu..

Friday 20 May 2011

Hari Sukan..sukan..dan sukan...

Alhamdulillah akhirnya setelah berusaha selama beberapa hari barulah dapat pakai internet..huhuhu..
Sekarang dah tibalah musim yang dinanti-nantikan oleh semua orang..Hari Sukan..!! Ye laa..dah periksa macam nk syahid dah kat dewan peperiksaan..takkan laa nak sambung belajar lagi..bila datang hari sukan baru laa keluar "aura" pelajar2 nak bersungguh-sungguh...tapi apapun belajar tetap belajar..sukan tetap sukan..masuk nie dah hari ke-3 hari sukan kat sini..perghh..macam-macam hal yang yang berlaku sampai sesetengah perkara tu buatkan aku terduduk berfikir..nak dijadikan cerita ada satu ''team'' nie..tengah semua orang semangat plan begitu dan begini..tiba2..dengar cerita ketua kumpulan tak sihat..mula2 ingatkan perkara biasa jer..tengok2 satu pasukan dah takder semngat langsung nak bersukan..semua orang rasa macam tak guna untuk teruskan perbincangan dan main tanpa ketua sebagai "kepala" diorang..ermm..hal nie kalo difikirkan memang laa perkara biasa..tapi kisah nie menyedarkan aku betapa pentingnya peranan ketua sebagai ketua..tak kisah laa siapa diri kita..tapi bila dapat peranan sebagai ketua,kita harus dilaksanakan sebaik mungkin..
Hehehe..tu belum tengok lagi team yang kalah..ada satu team tu walaupun diorang tahu diorang dah takder harapan..diorang masih teruskan gak perlawanan..time tu laa..ada seorang nie bagitau aku...''kita mesti syukur dengan segala ketentuan Allah,apapun keputusan kita mesti terima..''..kata2 dia nie mengingatkan aku bertapa  
lemahnya diri aku ni dalam nak menilai sesuatu perkara...kadang-kadang kita akan menyalahkan sekeliling kita apabila kita ditimpa musibah..menuding jari..menyalahkan orang lain..tapi hakikatnya semua tu datang balik pada diri kita...kesalahan kita..kelemahan kita sebagai hamba-Nya..macam mana hubungan dengan Allah..adakah terjaga??..hubungan dengan manusia..baik atau tidak...
Sebenarnya apabila kita meluaskan pandangan dengan tidak memandang kepada satu aspek semata-mata..kita akan dapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan iktibar kepada diri kita..hari sukan sekalipun..tidak semestinya untuk bersukan semata-mata..tapi turut dapat dijadikan sebagai medium perubahan diri...
p/s:camner nak berubah??Dalam hal nie kesedaran untuk berubah adalah lebih penting..jangan menunggu utk berubah..sebaliknya ambil peluang untuk berubah...belajar daripada perkara yang terjadi di sekeliling kita..InsyaAllah..

Friday 6 May 2011

Minggu Peperiksaan yg datang Menjelma..

Fuhh..agak lama x buka internet akhirnya sempat juga curi-curi masa time camni..
Minggu peperiksaan yg datang menyebabkan aku terpaksa bertungkus-lumus dan berusaha 100 peratus utk berjaya sehingga terpaksa membantutkan niat utk ber-blogging(siapa yg tak nak berjaya..??)..
Apapun doa dan usaha saja yg dpt menjadi penjamin semua ni.. Tak lupa kat kawan-kawan "Selamat Berjaya" aku ucapkan..
P/s:minta semua orang tolong doakan kejayaan aku dan kawan-kawan..agak sibuk minggu ni..isk..

Sunday 1 May 2011

Kem Kepimpinan yang..uhukk..

  uhuu..tgh duduk termenung nie teringat lak kem kepimpinan yang baru2 nie aku join..hermm..memikirkan balik banyak gak pengajaran yang aku dapat "kutip"..alhamdulillah ada gak beberapa teguran yg membina daripada ustaz..walaupun rasa macam kena kutuk jer..
Kadang2 bila dalam posisi menjadi ketua bukan perkara yang mudah nak uruskan segala2nya..mesti "open-minded",sanggup terima kritikan,berani beri arahan dan macam2 lagi..
Kadang-kadang kita rasa selalu betul dalam sesuatu perkara..padahal keputusan yg kita buat x semua orang puas hati..haa..kat sini laa mesyuarat & perbincangan main peranan..banyakkan berbincang..rujuk dengan ustaz2 cara nak perbaiki kelemahan & kekurangan...
p/s:berhenti menyalahkan orang lain & mengakui kesalahan diri boleh jadi permulaan yang baik..