Friday, 10 June 2011

BANGKIT LAHH WAHAI UMAT ISLAM!! part 1

   Hari nie punya solat Jumaat (10/6) betul2 lain daripada yg lain...hu3....hujan sepoi2 bahasa tetap tak menghalang orang ramai untuk datang menunaikan solat Jumaat seperti biasa...datangnya seorang ustaz (yg datang entah dari mana) memberikan khutbah jumaat yg bisa membuatkan orang ramai naik semangat mendengarnya..(haa..nie dah terkeluar "eksen" ustaz tu..)
   Mulanya ingatkn khutbah biasa..sekali dia kasi khutbah "kaw2" punya...baru start dah nak tercabut tiang masjid aku tengok...bukan sebab dia menjerit..tapi sebab kelantangan dia berkhutbah...beza tu...dlm khutbah tu dia nyatakan tentang "siapa sebenarnya orang Yahudi..??",Bagaimana nasib Masjid al-Aqsa yg kini masih dlm pegangan org Yahudi dan apakah tanggungjawab kita sebagai umat Islam dan ada macam2 lagi....
   Antara isi khutbah yg aku nk kongsikan bersama...ustaz tu memperbacakan sepotong ayat al-Quran yg mengatakan bahawa...."orang Yahudi tidak akn sesekali bersetuju dengan kita semua (orang Islam) sehingga lah kita semua mengikuti ajaran dan segala tunjuk ajar mereka"....
   Orang Yahudi nie juga sebenarnya menurut Ustaz nie merupakan antara kaum yg Allah hantarkan Nabi kepada mereka yaitu Nabi Musa yang membawa kitab Taurat...namun begitu atas dasar tidak mahu mengikuti isi kitab yg mereka dapat....diorang "modify" isi kandungan kitab Taurat tersebut yang jelas sekali bertentangan dengan syariat Allah...
   Err..apa yg di-"modify"-kan..?? Mereka menambah "perintah atau undang2" yg mengatakan bahawa..."Barangsiapa yg MENIPU orang Islam,Allah akn me-RAHMATI-nya...Barangsiapa yg memBUNUH orang Islam,Allah akan meng-AMPUN-kan segala dosa-nya"  (info pasal ayat nie x berapa jelas..nie yg aku ingat..)....
Buktinya dapat kita lihat ketika satu peristiwa yg berlaku terhadap umat Islam...
   Nak dijadikan cerita satu malam,ramai orang Islam yg datang ke masjid pada waktu pagi (sebelum subuh) utk melakukan Qiamullail di masjid....sedang mereka melakukan ibadat masing2...datang dari arah pintu masjid sekumpulan orang Yahudi yg bersenjata menembak semua jemaah yg berada di dalam masjid ketika itu...menurut yg diceritakan...semuanya mati syahid....darah mereka mengalir sehingga keluar melalui pintu masjid...setelah selesai semua tembakan...mereka bersorak-sorak seraya berkata,"Allah telah AMPUN-kan kita semua!!"
    Disebabkan ayat2 yg diorang buat sendiri dengan tangan diorang....mereka dengan yakinnya mengatakan bahawa Allah telah ampunkan segala DOSA diorang...


     Bukan takat tu je diorang "modify" ayat tu..diorang siap tambah..."Orang atau kaum yg paling layak menjadi khalifah di bumi adalah orang Yahudi....semua orang atau kaum selain daripada Yahudi semuanya adalah HINA"
   Time ayat nie ustaz tu baca..bergegar masjid dibuatnya...ditambah pulak dengan cerita tadi...semua orang aku tengok mula beri perhatian terhadap apa yg ustaz nie nak cakap seterusnya...

apa yg seterusnya..?? To be continue...
p/s: panjang khutbah yg diberikan..tapi segala info yg diberi teringin lak aku nk kongsi...

No comments:

Post a Comment